Pengumuman Bonus ASB

PNB Isytihar Dividen ASB 7.50 Sen, Bonus 1.25 Sen


KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Para pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen lebih tinggi 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2010, iaitu lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lepas.

Pemegang unit seramai 7.04 juta, yang kini memegang lebih 82.72 bilion unit ASB, akan turut menerima bonus 1.25 sen, yang sama dengan tahun lepas.



Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan itu melibatkan pembayaran keseluruhan RM5.93 bilion dan RM603.34 juta bagi bahagian bonus.

Sehingga Jumaat lepas, katanya skim itu mencatatkan pendapatan kasar RM6.58 bilion.

“Pendapatan dividen dari syarikat penerima pelaburan menyumbang RM3.27 bilion atau 50 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.78 bilion atau 42 peratus,” katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman dividen itu di sini.

Sementara itu, baki pendapatan 8.0 peratus atau RM0.53 bilion diperolehi daripada pelaburan di dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata perolehan ASB tahun ini disokong oleh peningkatan sumbangan dividen anak-anak syarikatnya terutama Malayan Banking Bhd (Maybank), iaitu sebanyak 55 sen berbanding 8.0 sen tahun sebelumnya.

Sumbangan dividen daripada Sime Darby Bhd pula menyusut kepada 10 sen daripada 20.3 sen pada 2009.

“Dari segi pendapatan tahun lepas, dividen adalah kurang daripada 50 peratus, tetapi tahun ini kita dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat yang kita labur.

“Prestasi tahun ini agak bernasib baik walau pun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi kita mendapat dividen yang tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih,” katanya.

Ditanya mengenai prestasi Sime Darby yang kini menyusut, Hamad Kama Piah berkata, “Kita sentiasa mengharapkan prestasi syarikat-syarikat kita akan bertambah baik. Kalau kita lihat prestasi Sime Darby sendiri mereka telah menganggarkan keadaan akan lebih baik pada masa hadapan dan kita harapkan ini dapat membantu kita mendapat pulangan yang lebih baik.”

– BERNAMA

       Semestinya semua rakan dan kawan yang melabur ASB gembira dengan pengumuman bonus pelaburan ini, peruntukkan untuk bonus pada tahun ini meningkat walaupun pelbagai andaian dan spekulasi yang diceritakan oleh kawan-kawan dengan kerugian yang dialami oleh Sime Darby akan memberikan kesan yang besar kepada saham amanah (ASB) namun peningkatan ini diunjurkan oleh pendapatan lain dan bonus diberikan meningkat daripada tahun lepas.Dengan pengumuman ini maka segala spekulasi dan andaian yang telah dibuat oleh rakan-rakan semua telah terjawab,walaupun Sime Darby mengalami kerugian namun peningkatan pendapatan di bahagian lain dapat melonjakkan pendapatan PNB(ASB).
 
       Apa kata kita sama-sama berhijrah pula kepada pelaburan dalam bentuk emas fizikal yang ditawarkan oleh PFGI( PublicGold)ternyata ia menguntungkan dan pasti memberi kepuasan kepada anda.Disini saya ingin tunjukkan bukti kenaikkan harga emas:
 
 
kenaikan adalah melebihi.27% (harga di cerap dari 21 dec 2009 - 22 dec 2010)
Harga 22 Disember 2010 =USD1385.20.Harga 21 Disember 2009 =USD1090.20
kenaikan 27% bagi tahun 2010......tolak inflasi 4%...cukai 1.5%....zakat 2.5%.......bersih 19% .

Guna bonus ASB untuk membeli emas...bonus ASB anda dapat,bonus emas pun anda dapat.Best kan kan kan... Pasti UPIN@IPIN cakap "betul betul betul"

Selamat melabur.

" Bijak Sekarang Untung Masa Depan"

Tiada ulasan: