Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk pengetahuan anda pada 4 Disember 2010 nanti (Hari Sabtu) Public Gold akan menganjurkan satu seminar akademik:
Tajuk: Dinar dan Emas sebagai Pelindung Kewangan.
Di dalam seminar ini anda dapat mempelajari banyak maklumat berkenaan emas, sistem kewangan, peranan dinar emas dan banyak lagi ilmu-ilmu menarik yang sewaktu dengannya.
Pada awal tahun ini, Public Gold juga telah berjaya menganjurkan seminar seumpama ini yang bertajuk Seminar Krisis Kewangan dan Peranan Emas.
Maklumat lanjut berkenaan seminar ini adalah seperti berikut:
Tempat: Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Selangor
Tarikh: 4 Disember 2010 (Sabtu)
Masa: 10 pagi – 5 petang
Yuran pendaftaran: RM60 seorang.
Siapakah penceramah-penceramah seminar ini?
Untuk seminar ini, terdapat 5 penceramah yang diundang khas untuk berkongsi ilmu dengan anda.
Mereka adalah:
1. Dr. Umar Ibrahim Vadillo
2. Assoc. Prof. Dr. Mahamad Hakimi Ibrahim
3. Prof. Dr. Zuhaimy Ismail
4. Assoc. Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera
5. En. Syukor Hashim
Apakah kelebihan datang ke seminar ini?
Untuk pengetahuan anda, majlis ilmu seperti ini sangat jarang-jarang ditemui. Ia akan memberikan anda ilmu yang tidak ternilai harganya. Mungkin ia akan memberikan anda satu perubahan paradigma mengenai keistimewaan emas, peranan emas dan apa yang berlaku di dunia pada hari ini.