SEOUL
2 Ogos - Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama
emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan
tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab
asingnya.
Bank
of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596
bilion).
Pemulihan
ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika
Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga
mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.
Bank
of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu,
meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan.
Rizab
mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis
kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah
defisit fiskal.
Data
melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan
nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus
dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam
pusingan setiap mata wang.
Bagaimanapun,
pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia
- dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1
tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.
''Bank
Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga
sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang
membuat pelaburan dalam emas,'' kata Ketua Asset Great Pacific Wealth
Management, Sean McGillivray.
Bank
of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk
meningkatkan rizab asing.
Amerika
Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan
atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab. - Reuters
Dipetik dari;
Utusan Malaysia Online.